Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami telah laporkan yang mana Google dalam pencarian beberapa pekerja untuk menyertai dalam pembangunan Google Games, dan kini ianya kelihatan Google bakal mengintegrasikan fungsi permainan pada rangkaian sosial baru yang diperkenalkan mereka itu.

Buat masa ini, Google+ masih lagi dalam proses beta tertutup, dan banyak lagi perkara baru yang mungkin akan diperkenalkan oleh Google sebelum ianya mencapai fasa akhir dan dibuka kepada semua.

Dengan Google Games diintegrasikan bersama-sama pada Google+, ianya mungkin juga akan menarik para pengguna laman sosial tersebut kekal dan menghabiskan masa yang lebih lama padanya.

Google Lively
Lively Yang Pernah Diperkenalkan Google Sebelum Ini

Selain daripada Google Games, ianya juga turut diperkatakan yang mana fungsi pertanyaan soalan seperti Facebook Questions mungkin diperkenalkan, apatah lagi sebelum ini Google pernah mengambil-alih syarikat Aardvark.

Mungkin lebih banyak lagi fungsi baru akan diperkenalkan pada Google+ dalam masa beberapa bulan lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd