Aplikasi Perkongsian Imej Berkumpulan Dari Google – Pool Party

Aplikasi Perkongsian Imej Berkumpulan Dari Google – Pool Party

Diterbitkan pada July 1, 2011 oleh .

Nampaknya melalui pembelian Slide oleh Google sebelum ini, beberapa aplikasi menarik turut menjadi milik mereka. Jikalau sebelum ini diperlihatkan aplikasi permesejan kumpulan yang dipanggil Disco, kini sebuah aplikasi baru diperlihatkan, yang mana dipanggil sebagai Pool Party.

Secara ringkasnya, ianya diperkatakan yang mana aplikasi pool Party ini akan membolehkan para pengguna berkongsi gambar yang dirakamkan, serta membolehkan pengguna membuat album bersama-sama rakan-rakan lain (group albums) dan memperlihatkannya dalam masa-nyata.

Buat masa ini, ianya hanya masih lagi dalam beta tertutup dan tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum. Namun begitu, aplikasi tersebut boleh didapati melalui Android Market dan juga AppStore dengan mudah.


TIPS & ULASAN