Kadar Penembusan Internet Malaysia Mencapai 60%

Kadar Penembusan Internet Malaysia Mencapai 60%

Diterbitkan pada July 1, 2011 oleh .

Kini, pengerusi SKMM, Khalid Ramli mengesahkan yang mana kadar penembusan internet di Malaysia telah pun mencapai 60%, sekaligus pada masa yang sama mencapai tahap sasaran yang ditetapkan untuk tahun ini. Sebelum ini, pada bulan Mac yang lepas, kadar penembusan internet di Malaysia berada pada kadar 57.4%.

Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana pengguna internet di Malaysia kini berjumlah lebih daripada 17.5 juta orang, serta terdapat lebih daripada 34 juta telefon bimbit dan mudah-alih digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin angka ini akan berubah lagi dalam beberapa bulan akan datang, dan tentunya pencapaian pada penghujung tahun ini akan lebih menghampiri sasaran kerajaan untuk mencapai kadar penembusan 75% menjelang 2015 kelak.


TIPS & ULASAN