P1 Bakal Mengumumkan Berkas Jalur-Lebar Baru Minggu Hadapan

P1 Bakal Mengumumkan Berkas Jalur-Lebar Baru Minggu Hadapan

Diterbitkan pada July 1, 2011 oleh .

Selain daripada beberapa pengumuman kerjasama bersama-sama dengan China Mobile dan juga Qualcomm, kini, P1 dalam proses untuk memperkenalkan pakej dan penawaran perkhidmatan jalur-lebar baru mereka pada minggu hadapan. Berkemungkinan besar, P1 turut akan memperkenalkan peranti MiFi pada hari tersebut.

Menurut P1, pelan yang akan dikenali sebagai P1 4G One Plan itu bakal menyediakan pengalaman penggunaan yang menarik untuk penggunaan samada didalam rumah ataupun diluar, sekaligus memberikan idea yang mana ianya berkemungkinan adalah peranti MiFi yang diperkatakan sebelum ini.

P1 Bundle Baru
Adakah Ini Yang Bakal Diperkenalkan Oleh P1?

P1 dijangka akan mengumumkannya pada hari Khamis depan, dan kami akan membawakan maklumat lanjut berkaitan dengan pakej berkas jalur-lebar terkini daripada P1 ini pada hari tersebut. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN