Cari @ Amanz

Setelah mencapai angka 20,000 aplikasi pada penghujung bulan Mei yang lepas, kini ianya dilaporkan yang mana angka bilangan aplikasi Windows Phone kini telah pun melangkaui 25,000 aplikasi, sekaligus memperlihatkan penambahan yang aktif pada bilangan aplikasi Windows Phone.

Walaubagaimanapun, angka aplikasi untuk pengguna seluruh dunia masih lagi pada 28,784 dan berbeza dengan angka aplikasi untuk Amerika Syarikat yang telah melangkaui 25,000. Namun begitu, angka aplikasi untuk seluruh dunia turut dijangka akan melepas angka tersebut tidak lama lagi, apatah lagi kini diperkatakan secara purata sebanyak 186 aplikasi baru ditambah setiap hari.

Mungkin pada pelancaran Windows Phone Mango pada bulan September kelak, bilangan aplikasi untuk Windows Phone telah mencapai suatu tahap yang baru. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd