Cari @ Amanz

Kini, StatCounter telah pun mengeluarkan data penggunaan pelayar web untuk bulan Jun, dan menariknya ianya memperlihatkan perkembangan drastik Google Chrome, dimana kini ianya telah pun melangkaui lebih daripada 20% peratusan penggunaan diseluruh dunia, dibelakang Firefox dan Internet Explorer.

Dan apa yang lebih menarik lagi adalah angka penggunaan pelayar web di Malaysia, dimana Chrome dan Firefox mempunyai peratusan penggunaan yang lebih kurang sama, dan mendahului pasaran, dan diikuti oleh Internet Explorer di tangga ketiga, sekaligus memperlihatkan pengguna tempatan lebih gemar menggunakan pelayar web Chrome dalam penggunaan harian mereka.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat persaingan sihat antara Firefox dan Chrome, apatah lagi kini Mozilla turut sama menggunakan tempoh pembangunan pantas, dan memperkenalkan pelbagai fungsi menarik pada setiap keluaran mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd