Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan aplikasi iPad untuk Harian Metro dan juga New Straits Times, kini bersempena dengan ulang-tahun Berita Harian yang ke-54, NSTP turut sama mengeluarkan aplikasi khas iPad untuk Berita Harian, sekaligus membolehkan pengguna mengikuti perkembangan terus pada tablet Apple mereka.


Berita Harian Versi iPad

Sama seperti aplikasi Harian Metro dan juga NST, aplikasi untuk Berita Harian juga turut sama membawakan faktor-faktor interaktif, termasuk membawakan video dan juga grafik tambahan yang tidak terdapat pada akhbar cetak dan juga versi web mereka. Namun begitu, apa yang berbeza adalah Berita Harian versi iPad ini hanya akan dikeluarkan setiap hari Sabtu sahaja, dan bukannya kerap seperti Harian Metro.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun aplikasi Berita Harian untuk iPad secara percuma daripada AppStore, dan mula mengikuti perkembangan semasa terus melalui tablet Apple yang digunakan ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd