Cari @ Amanz

Selain daripada halaman utama Google dan juga GMail, Google juga bakal memperkenalkan antaramuka baru untuk ke semua aplikasi mereka, termasuk untuk pelanggan dan pengguna Google Apps, dan ianya akan diperkenalkan secara berperingkat. Buat masa ini, ianya telah diperkenalkan pada GMail dan juga Google Calendar.

Google sendiri telah melancarkan sebuah halaman khas untuk pengguna Google Apps, memperlihatkan perkembangan semasa berkaitan produk-produk mereka. Selain daripada dua aplikasi tersebut, antaramuka baru ini juga diperkenalkan pada Google Docs, Google Sites dan juga Google Groups. Namun, tarikh ianya akan diperkenalkan masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd