Jikalau Facebook menetapkan had umur untuk laman mereka 13 tahun dan keatas, Google+ pula dilihat meletakkan had umur mereka kepada 18 tahun dan keatas. Namun begitu, ianya mungkin berubah ketika pelancaran akhirnya kelak, dan mungkin dikenakan sekatan buat masa beta tertutup ini sahaja.
Sekiranya para pengguna dengan akaun GMail atau Google yang lain kurang daripada 18 tahun mengakses halaman Google+, sebuah mesej akan diperlihatkan oleh Google, dimana ianya mengatakan yang mana pengguna perlulah melebih sesuatu had umur untuk menggunakan fungsi tersebut.
Mungkin dengan tetapan ini, Google inginkan pengguna yang lebih matang dalam menggunakan perkhidmatan mereka. Namun begitu, seperti kebiasaannya, sekatan umur ini boleh diatasi dengan mengubah tarikh lahir pada akaun Google mereka ketika pendaftaran.