Google seperti sedia maklum, telah pun memegang taktha dalam industri video atas talian, melalui YouTube, dan kini ianya diura-ura akan yang mana Google dalam perbincangan awal bersama-sama dengan Hulu.
Selain daripada Google, Microsoft dan Yahoo! juga diperkatakan dalam perbincangan bersama-sama dengan pihak Hulu dalam mengambil-alih perkhidmatan tersebut. Namun begitu, semua perbincangan masih dalam proses perbincangan awal, dan masih tiada pengesahan awal daripada pihak-pihak yang terlibat buat masa ini.
Hulu akhir-akhir ini telah mendapat hak untuk beberapa rancangan televisyen di US, dan ini semestinya menarik minat Google, dan pihak-pihak lain untuk memiliki Hulu, yang mana sudah tentu akan membawa nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada mereka.