Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Facebook telah pun mengatakan yang mana mereka akan melancarkan sesuatu yang baru pada minggu hadapan, dan kini ianya dilaporkan yang mana Facebook bakal melancarkan produk baru mereka, iaitu fungsi panggilan video dengan kerjasama bersama pihak Skype.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak diketahui samada ianya akan menggunakan fungsi sembang video sepenuhnya menggunakan pelayar web, ataupun memerlukan pengguna memasang sebarang plugin khas untuk menggunakannya.

Sebelum ini, ianya telah pun diperlihatkan yang mana Facebook dan Skype bekerjasama bersama-sama, dan beberapa kod telah dilihat memperlihatkan integrasi Skype pada halaman Facebook. Tambahan lagi, kini Skype telah diambil-alih oleh Microsoft, yang mana merupakan salah satu pelabur di Facebook.

Sama-sama kita nantikan pengumuman mereka minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd