Mac OS X Lion Melalui Mac AppStore Pada 14 Julai?

Mac OS X Lion Melalui Mac AppStore Pada 14 Julai?

Diterbitkan pada July 2, 2011 oleh .

Ianya kini dilaporkan yang mana Apple telah pun memperkenalkan Mac OS X Lion versi akhir kepada para pembangun, dan pada masa yang sama ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan Mac OS X Lion kepada para pengguna seluruh dunia pada 14 Julai akan datang ini.

Mac OS X Lion

Seperti yang diumumkan oleh Apple pada WWDC 2011 yang lepas, Mac OS X Lion hanya akan ditawarkan melalui Mac App Store, dan akan dijual pada harga hanya $29.99. Pada masa yang sama, ianya juga sebelum ini telah diperkatakan yang mana Apple bakal memperkenalkan keluarga baru MacBook Air pada bulan ini, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancarannya pada tarikh yang serupa.

Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN