Carian
CircleHack Membawakan Fungsi Seumpama Circles Pada Facebook
July 2, 2011 Aman

Menguruskan Facebook List merupakan salah satu perkara yang agak sukar, dan melalui Google+, Google telah memperlihatkan kaedah mudah untuk menguruskan perkara yang lebih kurang serupa. Dan menariknya, kini salah seorang pembangun Facebook telah memperkenalkan CircleHack, yang mana membawakan fungsi seumpama Google+ Circles, tetapi pada pengguna Facebook.

Sama seperti pada Google+ Circles, melalui CircleHack, ianya turut sama menyokong fungsi tarik-dan-lepas, serta membina senarai List baru dengan mudah dan pantas. Untuk mula menggunakannya, para pengguna hanya perlu log masuk ke halaman CircleHack menggunakan sokongan Facebook Connect, dan seterusnya mula menguruskan senarai rakan-rakan anda dengan mudah dan senang.

Komen