Office 15 Pada Penghujung Tahun 2012

Office 15 Pada Penghujung Tahun 2012

Diterbitkan pada July 3, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, selain daripada Windows 8 dan Windows Phone Mango, Microsoft juga giat membangunkan aplikasi pejabat generasi akan datang mereka, iaitu Office 15, dan kini Microsoft mengatakan yang mana Office 15 ini kelak akan dijual pada penghujung tahun 2012 kelak.

aplikasi Moorea
Aplikasi Moorea Pada Versi Pembangunan Office 15

Menurut Microsoft, mereka menggunakan latar masa pembangunan selama 2 setengah tahun, dan memandangkan sebelum ini Office 2010 mula dijual sekitar Jun 2010, maka versi akan datang Office akan dijual sekitar penghujung 2012 kelak.

Ianya juga dijangka akan menggunakan serba sebanyak antaramuka dan rekabentuk Metro yang kini diimplementasikan disetiap produk Microsoft, dan menurut mereka, Office generasi akan datang pada PC bakal mengguna-pakai pengalaman penggunaan yang menyerupai pada telefon pintar.


TIPS & ULASAN