Aplikasi OhMediaFM Untuk Android Dilancarkan

Aplikasi OhMediaFM Untuk Android Dilancarkan

Diterbitkan pada July 3, 2011 oleh .

Setelah melalui beberapa versi pembangunan, akhirnya kini aplikasi Android untuk OhMediaFM telah pun dilancarkan secara rasminya, membolehkan pengguna mendengarkan radio atas-talian Oh!MediaFM terus pada peranti Android mereka dengan mudah. Menariknya, kod sumbernya turut dilancarkan kepada umum pada masa yang sama.

Versi pembangunan terakhir aplikasi Oh!MediaFM adalah 0.7.7 membawakan sokongan untuk peranti Android 2.1 dan yang terkini. Ianya turut dilaporkan yang mana mereka masih lagi dalam proses pembangunan aplikasi tersebut, dan mungkin beberapa kemaskini akan diperkenalkan dalam masa terdekat nanti.

Selain daripada aplikasi Oh!MediaFM, pembangunnya, AwisLabs turut sama kini dalam proses pembangunan aplikasi Waktu Solat untuk Android, dan para pengguna yang berminat boleh memuat-turun fal *APK untuk Android, dan memberikan maklumbalas berkaitan dengan aplikasi baru ini.


TIPS & ULASAN