Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun

Internet Explorer 10 Bakal Disokong Selama 10 Tahun

Diterbitkan pada July 3, 2011 oleh .

Dengan kebanyakkan pelayar web memulakan latar pembangunan yang lebih pantas serta menamatkan sokongan untuk versi sebelumnya dengan pengenalan versi baru, Microsoft membuat perkara yang amat berbeza sekali, dengan mengumumkan yang mana Internet Explorer 10 kelak akan disokong selama 10 tahun.

Baru-baru ini, Microsoft baru sahaja melancarkan versi pembangunan kedua untuk Internet Explorer 10, iaitu Platform Preview 2, membawakan pelbagai penambahan baru sejak versi sebelumnya. Dan seperti sedia maklum, IE10 bakal menjadi pelayar web rasmi pada Windows 8 kelak.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui yang mana Windows 8 Beta pada bulan September kelak akan didatangkan dengan IE10 Beta ataupun sebaliknya. Pada masa yang sama, Microsoft turut sama mengumumkan sokongan selama 10 tahun untuk sistem operasi Windows keluaran mereka.


TIPS & ULASAN