Sudah 4 tahun lebih sejak iPhone dilancarkan oleh Apple, dan kini ianya telah menjadi antara peranti yang menjadi kegilaan ramai pengguna. Jikalau sebelum ini, sebuah infografik ringkas diperlihatkan mengenai ura-ura iPhone 5, kini sebuah infografik ringkas diperlihatkan berkenaan iPhone sejak 4 tahun yang lepas.
Kini, Apple telah menjadi salah satu gergasi dalam pengeluar peranti mudah-alih, sekaligus pada masa yang sama memberikan kesan yang besar kepada Nokia dan juga RIM, yang mana dahulunya merupakan antara nama besar di industri pengeluar peranti mudah-alih.
Namun begitu, sepanjang tahun ini dan depan, semestinya kita akan dapat melihat pelbagai perubahan besar lagi, dengan peranti MeeGo diperkenalkan, serta transasi Nokia ke Windows Phone. Dan tidak ketinggalan peranti Android yang semakin banyak dipasaran.