Galaxy S2 Terjual Lebih 3 Juta Unit Dalam Masa 55 Hari

Galaxy S2 Terjual Lebih 3 Juta Unit Dalam Masa 55 Hari

Diterbitkan pada July 4, 2011 oleh .

Samsung kini telah pun mengumumkan yang mana peranti Samsung Galaxy S2 mereka yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi 55 hari yang lepas telah pun terjual lebih daripada 3 juta unit diseluruh dunia, sekaligus membawakan kepada rekod penjualan baru oleh syarikat tersebut.

Sebelum ini, peranti generasi pertamanya, Samsung Galaxy S mengambil masa selama 85 hari untuk mencapai angka yang sama. Dengan rekod baru ini, peranti Galaxy S2 dilihat dijual satu unit setiap 1.5 saat. Kini, Galaxy S2 menjadi peranti Android pilihan ramai, dan turut sama dilabelkan sebagai peranti pintar yang terbaik setakat ini oleh sesetengah media.

Di Malaysia, Galaxy S2 telah dilancarkan secara rasminya pada 22 Jun yang lepas, dimana ianya dijual pada harga RM2099, serta boleh didapatkan dengan lebih murah bersama-sama dengan kontrak Maxis.


TIPS & ULASAN