Cari @ Amanz

TEDx Kuala Lumpur Bakal Berlangsung Pada 20 Ogos

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti tahun-tahun yang lepas, kini TEDxKL bakal diadakan tidak lama lagi, iaitu atau lebih tepat lagi pada bulan Ogos akan datang ini, membawakan pelbagai topik menarik untuk dikongsikan bersama-sama dengan para hadirin dan peserta pada acara tersebut.

TEDx Kuala Lumpur ini bakal diadakan pada 20 Ogos di BlackBox MAP. Buat masa ini, senarai pengucap dan mereka yang bakal membentangkan topik mereka itu masih lagi tidak diketahui.

Bagi yang tidak mengenali TEDx, ianya merupakan salah satu persidangan yang mana memfokuskan kepada pelbagai perkongsian idea-idea menarik, dan lebih kepada mendidik. Mereka-mereka yang berminat, boleh mendapatkan idea awal dengan menonton video-video TED yang lepas melalui halaman rasmi mereka di TED.com.


Komen ()