Cari @ Amanz

Pengguna Malaysia Sanggup Berbelanja RM3 Hingga RM60 Untuk Membeli Aplikasi

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan peranti Android dan iOS yang kian meningkat naik penggunaannya di Malaysia, bilangan aplikasi yang dibeli oleh para pengguna tempatan juga kian bertambah. Kini, MSC Malaysia mengumumkan yang mana secara purata, para pengguna Malaysia sanggup berbelanja untuk membeli aplikasi iOS dan Android sekitar RM3 hingga RM60.

Walaubagaimanapun, menurut MSC Malaysia, buat masa ini, aplikasi berbayar yang dibangunkan oleh pembangun tempatan yang menjana wang dengan banyak adalah amat kurang. Ini mungkin adalah disebabkan kurangnya pembangun aplikasi berbayar tempatan dan sebagainya.

Untuk menggalakkan perkara ini, seperti sebelum ini, MSC Malaysia melancarkan program ICON2, yang mana menawarkan dana dan bantuan untuk para pembangun kandungan tempatan untuk dapat bersaing dengan sihat bersama yang lain.


Komen ()