Cari @ Amanz

Setelah pembangun WordPress melepaskan beberapa versi pembangunan WordPress 3.2, kini versi akan datang WordPress itu seperti telah selesai dibangunkan, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, kita akan dapat melihat ianya dilancarkan kepada umum dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan versi-versi sebelum ini, WordPress 3.2 membawakan perubahan dari segi keperluan minimum untuk menggunakannya. Jadi, sebelum anda menaik-taraf seperti biasa, anda perlu memastikan yang mana anda menggunakan beberapa perkara yang terkini.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah versi PHP dan MySQL yang digunakan pada pelayan blog anda. Untuk WordPress 3.2, ianya memerlukan anda menggunakan PHP 5.2.4 dan juga MySQL 5.0, supaya dapat menggunakan WordPress 3.2 tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama juga, WordPress 3.2 tidak lagi akan menyokong pelayar web Internet Explorer 6.

Mungkin kita akan dapat lihat WordPress 3.2 dilepaskan tidak lama lagi, mungkin beberapa jam sahaja. Sama-sama kita nantikannya, dan berharap agar semuanya berjalan lancar.

I have a feeling we’ll pass 15 million downloads of 3.1 right before we release 3.2.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd