Google+ Dibuka Kepada Umum? (Dikemaskini)

Google+ Dibuka Kepada Umum? (Dikemaskini)

Diterbitkan pada July 4, 2011 oleh .

Kemaskini : Nampaknya, masih terdapat sebilangan pengguna yang tidak dapat mengaksesnya buat masa ini. Mungkin Google akan memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua.

……

Setelah memperkenalkan pada minggu lepas dengan membuka perkhidmatan dengan membolehkan rakan-rakan menjemput satu sama lain, kini nampaknya Google telah bersedia memperkenalkan perkhidmatan mereka dengan beta terbuka, dan membolehkan sesiapa sahaja mendaftar masuk perkhidmatan tersebut dengan mudah dan pantas menggunakan akaun Google.

Kini, para pengguna tidak lagi memerlukan sebarang jemputan, dan sudah boleh mula menggunakan rangkaian sosial Google+ yang mana kelihatan amat menarik sekali. Ianya juga turut sama membawakan kawalan privasi yang lebih mantap, membolehkan anda menetapkan apa yang anda ingin kongsi akan dengan sesiapa, melalui fungsi yang dikenali sebagai Circles.

Ianya juga turut sama membolehkan anda membuat panggilan video dan sebagainya dengan mudah, tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan. Dan yang menarik sekali, sistem notifikasinya boleh didapati disebarang halaman Google, termasuk Google News, dan carian Google, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu halaman dimana anda menghabiskan masa yang paling lama, berbanding Facebook.

Mungkin anda boleh cubanya hari ini, dengan mendaftarkan diri di Google+, dan kami akan menyusul dengan ulasan ringkas tidak lama lagi.

Info Awal : AzmanIshak


TIPS & ULASAN