Setelah hanya membolehkan pengguna yang saling mengikuti sahaja menghantar dan menerima Direct Message antara satu sama lain, kini Twitter mengemaskini perkara tersebut, dimana kini para pengguna boleh menghantar kepada akaun Twitter yang disahkan (Verified Accounts) tanpa perlu pemilik akaun tersebut mengikut anda.
Perkara ini sekaligus membolehkan pemilik akaun yang disahkan, yang mana selalunya merupakan selebriti ataupun jenama terkemuka, untuk menerima mesej daripada peminat dan pengguna mereka dengan mudah, dan pada masa yang sama membolehkan mereka mendekati pengguna mereka.
Walaubagaimanapun, mereka yang tidak berminat, masih boleh mematikan fungsi ini melalui halaman tetapan Twitter.
Now,Twitter verified accounts {Brands} can let followers Direct Message without following back.