Pembangunan Windows 8 Beta Semakin Hampir

Pembangunan Windows 8 Beta Semakin Hampir

Diterbitkan pada July 4, 2011 oleh .

Sehingga kini, ianya masih diketahui yang mana Microsoft masih lagi pada peringkat pembangunan Windows 8 Milestone 3, dan menurut beberapa laporan kini, mengatakan yang mana Microsoft bakal memulakan pembangunan Windows 8 Beta pada pertengahan bulan Julai ini.

Walaubagaimanapun, Microsoft masih tidak memberikan sebarang komen berkenaan dengannya sehingga kini, malah jadual pembangunannya juga tidak diketahui setakat ini. Windows 8 Beta merupakan antara versi pembangunan yang utama, yang mana ianya merupakan versi pertama yang bakal dilepaskan kepada umum oleh Microsoft, serta mendapatkan maklumbalas pertama daripada mereka.

Microsoft sebelum ini, telah pun memperlihatkan antaramuka pertama untuk Windows 8, yang mana kelihatan menarik sekali. Ianya dijangka yang mana Microsoft bakal membolehkan semua pengguna memuat-turun Windows 8 Beta pada persidangan BUILD yang bakal diadakan bulan September ini.

Dan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat versi akhir Windows 8 pada April 2012 sepertimana yang dilaporkan sebelum ini. Sama-sama kita nantikan sistem operasi generasi baru daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN