Star Membeli 4.99% Pegangan Pada Catcha Media

Star Membeli 4.99% Pegangan Pada Catcha Media

Diterbitkan pada July 4, 2011 oleh .

Catcha Media, yang mana merupakan salah satu syarikat media atas-talian terkemuka di Malaysia, yang mana juga merupakan salah satu pemilik laman DealMates, kini terus maju kehadapan, dan hari ini Star Publication telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memiliki sebahagian daripada Catcha Media.

Menurut Star Publication, mereka akan mengambil-alih sebanyak 4.99% saham pada Catcha Media pada harga RM4.97 juta. Ini sekaligus menambah lagi beberapa aset dan portfolio untuk Star, dengan terus memegang beberapa nama-nama besar media, termasuk pada atas talian.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat lihat Catcha media terus maju kehadapan lagi, apatah lagi mendapat sokongan dan bantuan terus daripada Star Publication. Mungkin, ini juga salah satu usaha Star Publication untuk mengukuhkan kedudukan mereka diarena atas-talian, memandangkan kini ramai beralih kepada dunia digital.


TIPS & ULASAN