WordPress 3.1 Telah Dimuat-Turun Lebih 15 Juta Kali

WordPress 3.1 Telah Dimuat-Turun Lebih 15 Juta Kali

Diterbitkan pada July 4, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, pembangun WordPress sudah pun menghampiri pelancaran WordPress 3.2, dan kini seperti mana yang dinantikan, angka muat-turun WordPress 3.1 telah pun melangkaui lebih daripada 15 juta muat-turun. Ianya sebelum ini telah dilancarkan pada 24 Februari yang lepas.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah separuh daripada angka muat-turun yang pernah dicapai sebelum ini, dimana sebelum ini WordPress 3.0 telah mencapai lebih daripada 30 juta muat-turun.

Kini, pihak pembangunnya dalam fasa terakhir, dan bakal melancarkan WordPress 3.2 yang mana membawakan kemaskini kepada antaramuka dashboard, serta tema baru yang dipanggil TwentyEleven. Ianya juga kini memerlukan MySQL 5.0 dan juga PHP 5.2.4 untuk beroperasi dan digunakan.


TIPS & ULASAN