Kini, ianya diperkatakan yang mana Samsung dalam proses menyediakan peranti Windows Phone Mango mereka, berdasarkan kepada versi Galaxy S2 yang amat popular, dan dijangka akan membawakan beberapa ciri-ciri yang seumpama dan serupa dengan versi Android-nya.
Ianya dilaporkan yang mana Samsung kini sedang menguji peranti dengan nama SGH-i937 (Samsung Galaxy S2 menggunakan SGH-i927). Dengan perubahan sebanyak lebih kurang 10 angka pada angka versinya, ianya mungkin akan membawakan spesifikasi yang lebih kurang serupa dengan Samsung Galaxy S2.
Sebelum ini, melalui Samsung Galaxy S2, ianya membawakan skrin Super AMOLED 4.3-inch, cip dwi-teras, RAM 1GB, dan juga kamera belakang 8-megapixel serta kamera hadapan 2 megapixel.
Mungkin peranti Windows Phone daripada Samsung ini hanya sekadar ujian sahaja, ataupun mungkin juga kita dapat melihat ianya dilancarkan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.