Cari @ Amanz

Twitter Menambah Kotak Tweet Pada Halaman Profail

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya kini Twitter seperti sedang menguji fungsi untuk tweet daripada halaman profail, sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar tweet kepada seseorang itu dengan mudah. Namun begitu, ianya hanya untuk pengguna versi web sahaja buat masa ini.

Melalui kemaskini yang diperlihatkan, ianya menambah sebuah kotak khas sebelum memperlihatkan tweet-tweet daripada pengguna tersebut, dan sebaik sahaja kotak tersebut diklik, ianya dimulakan secara automatik dengan Mention terhadap pengguna tersebut.

Ianya masih tidak diketahui samada ianya hanya sekadar ujian, ataupun bilakah Twitter telah memperkenalkan fungsi ini. Namun begitu, ianya merupakan sesuatu yang baru dalam menjadikan Twitter semakin menarik dan interaktif.


Komen ()