Cari @ Amanz

Google nampaknya kini dalam proses menstruktur kembali halaman carian masa-nyata pada Google.com. Melalui satu Tweet yang dihantar oleh Google, mereka mengatakan yang mana fungsi tersebut ditutup buat sementara, dan sedang dalam proses mengintegrasikan Google+ bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, Google telah memperkenalkan carian masa-nyata pada enjin carian mereka, menarik kemaskini semasa daripada Twitter, Flickr dan beberapa laman sosial yang lain. Memandangkan kini, Google sendiri telah memperkenalkan rangkaian sosial mereka, semestinya ianya akan mengintegrasikan Google+ bersama-sama dengannya, dan kongsi akan segala kemaskini yang dilabelkan sebagai umum bersama pengguna web yang lain.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkan semula carian masa-nyata pada Google.

We’ve temporarily disabled google.com/realtime. We’re exploring how to
incorporate Google+ into this functionality, so stay tuned.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd