WordPress 3.2 Sedia Untuk Digunakan

WordPress 3.2 Sedia Untuk Digunakan

Diterbitkan pada July 5, 2011 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, kini WordPress 3.2 sudah pun sedia untuk digunakan, dimana sekiranya anda sedia menggunakan pemasangan WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik mahupun memuat-turun fail WordPress 3.2 secara berasingan sekarang.

Melalui WordPress 3.2, ianya lebih memfokuskan untuk menjadikan WordPress lebih ringan dan pantas, serta membawakan antaramuka dashboard yang diperkemaskini dan lebih menumpukan kepada penulisan.

Pada masa yang sama, WordPress 3.2 turut sama membawakan tema baru bersama-sama dengannya dipanggil sebagai Twenty Eleven. Seperti diperkatakan sebelum ini, WordPress 3.2 dan yang seterusnya akan lebih menumpukan kepada teknologi terkini, dimana ianya memerlukan MySQL 5.0 dan juga PHP 5.2.4 untuk digunakan.

Bagi yang sudah mengemaskini pemasangan WordPress anda, apakah pendapat anda mengenai WordPress 3.2 ini?


TIPS & ULASAN