Cari @ Amanz

Google+ untuk Android telah pun dilancarkan bersama-sama ketika pengumuman rangkaian sosial terbaru Google tempoh hari, dan kini nampaknya aplikasi untuk para pengguna peranti iOS bakal menyusul dalam tempoh kurang daripada dua minggu sekiranya semuanya berjalan lancar.

Ianya diperkatakan yang mana Google telah pun menghantar aplikasi Google+ untuk iOS kepada AppStore untuk disahkan, dan kini hanya menanti proses pengesahan sebelum semua pengguna iOS dapat menggunakannya dengan mudah, sekaligus membolehkan para pengguna mengakses rangkaian sosial Google+ dengan mudah.

Buat masa ini, Google+ masih lagi pada peringkat beta tertutup dan memerlukan jemputan khas untuk menggunakannya, walaupun Google pernah menguji dengan membukanya kepada umum untuk suatu tempoh yang amat singkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd