Cari @ Amanz

Akaun Zuckerberg Akaun Paling Popular Di Google+

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin sekarang ini, semua sudah kenali akan Mark Zuckerberg, iaitu pemilik dan CEO Facebook. Menariknya adalah baru-baru ini beliau ada membuka akaun Google+, dan mengikut statistik semasa untuk senarai akaun yang diikuti oleh paling ramai pengguna, Mark Zuckerberg menduduki tangga yang paling teratas buat masa ini.

Ianya menunjukkan yang mana Mark Zuckerberg menduduki tempat teratas dengan lebih daripada 39 orang rakan, dan lebih 21,213 orang pengguna mengikuti akaun beliau. Dan bertambah menarik lagi, Larry Page menduduki tempat kedua, Vic Gundotra ditempat ketiga dan juga Sergey Brin di tempat keempat.

Angka ini dikeluatkan oleh Google+ Statistics yang mana dibangunkan oleh pihak ketiga, dimana ianya memperlihatkan kedudukan dan statistik pengguna Google+ mengikut senarai orang yang mengikuti mereka. Walaubagaimanapun, ianya mungkin berubah tidak lama lagi, memandangkan Google+ masih lagi pada peringkat percubaan, dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya.


Komen ()