PDF.js Untuk Firefox Sedia Untuk Diuji

PDF.js Untuk Firefox Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada July 5, 2011 oleh .

Setelah diperkatakan mengenai sokongan membuka fail PDF pada Firefox, kini versi 0.2 untuk PDF.js telah pun dikeluarkan, dimana melaluinya ianya membawakan penambahan sokongan zoom, serta membaca dan memperlihatkan fail PDF dengan lebih kemas lagi menggunakan JavaScript pada pelayar web.

Buat masa ini, PDF.js dijangka akan diperkenalkan sebagai addon terlebih dahulu, sebelum ianya diintegrasikan sepenuhnya pada pelayar web. Namun begitu, dengan pembangunan Firefox yang kini lebih pantas, mungkin kita akan dapat melihatnya tidak lama lagi diintegrasikan pada pelayar web Firefox.

Jadi, mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat sokongan untuk membaca fail PDF dengan mudah terus melalui pelayar web Firefox, tanpa memerlukan sebarang plugin dan addon pihak ketiga. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN