Jikalau sebelum ini, kami memperlihatkan perkembangan pelayar web sepanjang bulan Jun yang lepas, kini kami memperlihatkan perkembangan platform mudah-alih sepanjang bulan Jun, dan seperti sedia maklum, Android memperlihatkan perkembangan yang amat drastik sekali berbanding platform yang lain.
Pada masa yang sama, melalui graf daripada StatCounter juga, ianya menunjukkan yang mana penggunaan Symbian semakin berkurangan, serta pengguna iOS yang kelihatan hampir tidak berubah sepanjang tempoh enam bulan kebelakangan ini. Pengguna BlackBerry juga kelihatan serupa sepanjang tempoh tersebut, tanpa sebarang perubahan drastik.
Mungkin pada penghujung tahun ini kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan drastik, dengan Windows Phone turut sama mendapat perhatian ramai pengguna. iOS 5, Symbian Anna dan juga Android Ice Cream Sandwich turut sama bakal diperkenalkan dalam tempoh terdekat ini, memberikan impak yang lebih meluas kepada perubahan ini kelak.