Cari @ Amanz

Dengan lebih ramai yang ternanti-nanti akan iPhone generasi akan datang, kini ianya dilaporkan yang mana iPhone generasi akan datang, ataupun yang mana dikenali sebagai iPhone 5 itu tidak akan membawakan perubahan drastik berbanding dengan iPhone 4 yang boleh didapati sekarang.

Ianya diperkatakan yang mana telefon pintar daripada Apple ini telah pun bersedia untuk dijual bermula bulan September kelak. Namun begitu, ianya tidak pasti, samada ianya akan menggunakan label iPhone 5 ataupun iPhone 4S seperti mana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, mengikut ura-ura semasa, iPhone yang bakal diperkenalkan pada bulan September kelak, dijangka akan membawakan kemaskini dari segi cip pemprosesan dan juga kamera, serta beberapa perubahan yang lain lagi. Ianya juga bakal dilancarkan bersama-sama dengan iOS 5. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Apple buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd