Terlalu banyak acara yang sedang berlangsung sehingga anda tidak dapat mengikutinya? Kini anda boleh, melalui sebuah aplikasi khas yang dinamakan sebagai WhatsUp, dimana melaluinya ianya menyediakan senarai acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia.
Ianya juga disusun mengikut setiap kategori, dimana membolehkan anda memilih kategori yang anda minat, serta mengikut kemaskininya dengan lebih mudah berbanding aplikasi-aplikasi lain.
Menurut pembangunnya, senarai acara dan aktiviti akan dikemaskini setiap hari, supaya para penggunannya tidak ketinggalan. Namun begitu, buat masa ini, ianya hanya disediakan dalam bentuk aplikasi untuk para pengguna peranti iOS. Mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore secara percuma.