Gangguan Internet Talian TM Seluruh Negara Pada Pagi 7 Julai

Gangguan Internet Talian TM Seluruh Negara Pada Pagi 7 Julai

Diterbitkan pada July 5, 2011 oleh .

Sebelum ini, beberapa pembaca Amanz telah melaporkan gangguan pada perkhidmatan internet mereka, dan ini disahkan sendiri oleh Telekom Malaysia, dimana gangguan dijangka berlangsung sehingga 15 Julai, mengikut kawasan. Pada masa yang sama, gangguan talian internet TM seluruh negara dijangka berlaku pada 7 Julai ini sekitar 1 hingga 4 pagi.

Pada 7 Julai akan datang ini, TM dijangka bakal mengemaskini rangkaian teras TM mereka antara pukul 1 pagi hingga 4 pagi yang mana akan memberikan kesan kepada seluruh negara. Selepas tarikh tersebut, kemaskini rangkaian akan dlakukan secara berperingkat dibeberapa kawasan sahaja.

Namun begitu, ianya hanyalah sekadar gangguan kecil, dan mungkin ramai yang tidak akan perasan gangguan tersebut. Para pengguna TM boleh rujuk kepada jadual rasmi TM pada halaman rasmi mereka, ataupun mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan TM.


TIPS & ULASAN