Cari @ Amanz

Nampaknya, penggunaan tablet, terutamanya iPad kini semakin lama semakin meningkat naik penggunaannya, dan kini melalui laporan daripada NetMarketShare, ianya melaporkan yang mana lebih daripada 1% trafik yang berkunjung ke web datangnya daripada iPad.

Melalui graf yang diperlihatkan mereka, ianya menunjukkan perkembangan yang sihat sejak daripada iPad 2 dilancarkan oleh Apple baru-baru ini, dan angka tersebut meningkat dari hari ke hari.

Mungkin, dengan lebih banyak tablet yang kini memasuki pasaran setiap hari di seluruh dunia, kita mungkin akan dapat melihat trafik yang berhasil daripada peranti berbentuk tablet meningkat naik. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana kini para pengguna mula gemari melayari web menggunakan peranti mudah-alih berbanding desktop dan notebook sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd