Mungkin para peminat konsol PlayStation sudah sekian lama menantikan kemaskini versi baru bagi konsol mereka, dan kini ianya dilaporkan yang mana PlayStation 4 kelak akan mula dijual pada tahun hadapan, membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan sensor pergerakan, sama seperti pada peranti Kinect.
Ianya diperkatakan yang mana Sony kini pada fasa terakhir pembangunan, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, pengeluaran untuk PlayStation 4 bakal dimulakan pada penghujung tahun ini, dan bakal melancarkannya secara global pada tahun hadapan.
Walaubagaimanapun, Sony masih belum mengeluarkan sebarang komen keatas perkara ini, dan masih lagi dilabelkan sebagai spekulasi buat masa ini. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan konsol generasi baru daripada Sony kelak.