Carian
Twitter Mengambil-Alih Teknologi Dan Pasukan BackType
July 6, 2011 Aman

Twitter terus mula memperluaskan syarikat mereka, dimana terkini mereka telah pun mengambil-alih BackType, sekaligus membawakan teknologi BackType dan juga pasukan disebaliknya kepada Twitter, dan sekaligus akan terus memfokuskan dalam membangunkan aplikasi untuk para pengiklan Twitter.

Bagi yang tidak kenali BackType, ianya menyediakan sebuah dashboard dengan analisa dan juga statistik untuk membantu jenama dan nama-nama besar untuk memahami impak pengunaan media sosial untuk proses pemasaran dan perkhidmatan mereka.

Sehingga kini ianya telah membantu lebih daripada 100 syarikat dalam memahami penyampaian kandungan mereka melalui Twitter, serta siapa yang mengikuti mereka, dan bagaimana setiap Tweet berubah kepada trafik dan jualan.

Mungkin dengan pembelian BackType, dan pengintegrasian teknologinya bersama-sama Twitter, ianya bakal menyediakan nilai tambah kepada para pengiklan di Twitter, sekaligus membolehkan Twitter menjana wang tambahan melalui perkhidmatan mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Twitter dari semasa ke semasa.

Komen