MyDeal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Ipoh, Kuching dan KK

MyDeal Memperluaskan Perkhidmatan Ke Ipoh, Kuching dan KK

Diterbitkan pada July 6, 2011 oleh .

Laman tawaran dan diskaun harian tempatan, MyDeal kini telah pun mengumumkan perluasan perkhidmatan mereka, dimana kini mereka turut sama menawarkan tawaran menarik untuk para penduduk di Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, mereka turut akan melancarkannya di Kuantan, Miri, Langkawi dan Brunei menjelang penghujung tahun ini.

MyDeal merupakan antara nama besar di dalam industri tawaran harian selain daripada beberapa nama lain, termasuk Groupon Malaysia dan juga Everyday.com.my. Ianya diperkatakan yang mana kini, senarai penggunannya melangkaui 400,000 orang pengguna, dan mensasarkan untuk menjadikannya dua kali ganda menjelang penghujung tahun ini.

Pada awal tahun ini, MyDeal telah mengumumkan kerjasam bersama-sama dengan pihak Yahoo! Malaysia, dan kini mereka menjadi yang pertama untuk memperluaskan perkhidmatan ke beberapa bandar utama yang lain, selain hanya menumpukan di bandar-bandar utama seperti penyedia yang lain.


TIPS & ULASAN