Hotmail Menyambut Ulang-Tahun Ke-15

Hotmail Menyambut Ulang-Tahun Ke-15

Diterbitkan pada July 6, 2011 oleh .

Hotmail dengan seramai lebih daripada 360 juta pengguna, kini menyambut ulang-tahun mereka yang ke-15 sebagai penyedia perkhidmatan emel, dan berkongsikan beberapa perkara dan pencapaian menarik oleh Hotmail dalam tempoh yang amat ringkas ini.

Baru-baru ini, Hotmail telah berkongsi akan yang mana kini mereka hampir lebih 10 kali ganda pantas berbanding sebelumnya, dan menurut Microsoft, Hotmail lebih pantas dalam beberapa perkara berbanding dengan GMail sendiri. Selain itu, lebih 98% daripada mesej berbentuk spam ditapis oleh Hotmail setiap hari, selain membawakan sokongan Facebook Chat terus daripada Hotmail.

Ianya turut sama membolehkan anda menonton video daripada YouTube, Hulu dan beberapa perkhidmatan lain terus melalui Hotmail, selain membolehkan anda menguruskan emel seperti GMail, Yahoo! dan sebagainya terus pada Hotmail.

Kini, telah 15 tahun mereka beroperasi, dan pelbagai perkara menarik lagi dijangka akan diperkenalkan oleh Hotmail dalam masa akan datang.


TIPS & ULASAN