Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk berpindah dan menarik pengguna ke rangkaian sosial Google+, gergasi internet itu akan mula mengubah semua akaun Google Profiles yang ditetapkan sebagai peribadi bermula 31 Julai ini kepada umum. Namun begitu, hanya nama dan umur sahaja akan diperlihatkan kepada umum, dan pengguna boleh mengawalnya dengan mudah.

Ianya juga mungkin kerana sebahagian daripada syarat untuk menggunakan Google+, dimana memerlukan pengguna menetapkan Google Profiles kepada tetapan umum. Namun begitu, para pengguna tidak perlu bimbang berkenaan dengan tahap privasi pada Google+, memandangkan buat masa ini, ianya memberikan sokongan privasi yang amat bagus berbanding dengan laman sosial yang lain, dimana anda boleh menetepkan apa yang anda kongsikan dengan siapa melalui fungsi Circles yang didatangkan padanya.

Walaubagaimanapun, bagi yang tidak berminat, mereka boleh sahaja memadam akaun Google Profiles mereka dengan mudah melalui halaman tetapan pada Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd