FourSquare sudah sekian lama popular dengan aplikasi geolokasi yang membolehkan anda daftar masuk ke sesuatu lokasi. Kini, dalam usaha untuk menjadikannya lebih sosial, pembangunnya kini memperkenalkan fungsi notifikasi pada aplikasi FourSquare, membolehkan pengguna mengikuti perkembangan rakan-rakan lain dengan mudah.
Melalui sistem notifikasi baru yang diperkenalkan pada aplikasi FourSquare, ianya membolehkan anda mengetahui bila mana rakan-rakan anda meninggalkan komen pada daftar-masuk atau gambar anda, rakan anda berada di lokasi yang sama, rakan Facebook anda menyertai FourSquare, dan beberapa perkara lain lagi.
Buat masa ini, sokongan notifikasi ini hanya diperkenalkan pada aplikasi Android terlebih dahulu, dan ianya akan diperluaskan kepada aplikasi-aplikasi yang lain dalam masa terdekat.