WordPress 3.3 Akan Memfokuskan Kepada Bahagian CSS Dashboard

WordPress 3.3 Akan Memfokuskan Kepada Bahagian CSS Dashboard

Diterbitkan pada July 6, 2011 oleh .

Dengan pelancaran WordPress 3.2, kini perbincangan mengenai WordPress versi seterusnya telah pun dimulakan, dan ianya dilihat antara fokus utama pada WordPress 3.3. kelak adalah membawakan perubahan dan memberikan perhatian pada penggunaan CSS di bahagian Dashboard WordPress.

Melaluinya, mungkin ianya tidak membawakan perubahan drastik dari segi antaramuka, tetapi lebih kepada mengemaskan ianya, serta pada masa yang sama menjadikannya berfungsi lebih pantas lagi berbanding sekarang, dan tidak lagi serabut. Buat masa ini, perbincangan masih lagi dalam proses, dan mungkin kita akan melihat perkembangannya tidak lama lagi.

Buat sementara itu, bagi para pengguna yang masih lagi belum menaik-taraf pemasangan WordPress mereka, boleh melakukannya demikian dengan memuat-turun versi barunya, serta menggunakan pelbagai perkara baru, selain pada masa yang sama, mengalami kepantasan yang dibawakan oleh WordPress 3.2.


TIPS & ULASAN