Setelah dinantikan sekian lama, kini para pengguna iOS 4.3 dan terkini sudah pun boleh meng-hack akan peranti mereka dengan mudah melalui JailBreakMe 3.0, yang mana turut menyokong tablet Apple terkini, iaitu iPad 2. Menariknya mengenai JailBreakMe adalah dimana anda tidak lagi perlu melalui proses yang sukar untuk jailbreak akan peranti iOS anda.
Untuk jailbreak akan peranti iOS anda, apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka pelayar web Safari pada peranti iOS, dan kemudiannya melayari laman JailBreakMe.com, dan seterusnya pilih akan butang “Free”, dan seterusnya ianya akan selesai jailbreak akan peranti anda dengan mudah dalam masa beberapa minit sahaja.
Buat masa ini, ianya menyokong iPad 2, iPad 1, iPhone 4, iPhone 3GS, iPod Touch 4, dan juga iPod Touch 3. Walaubagaimanapun, seperti biasa, perkara ini tidak digalakkan oleh Apple dan penjual peranti iOS tersebut.