Sebelum ini, ianya pernah diperkatakan yang mana Apple dalam proses membangunkan sebuah iPad generasi baru, yang bakal dipasarkan pada penghujung tahun ini. Kini perkara tersebut mula kedengaran kembali, mengatakan yang mana ianya akan membawakan sedikit penambahan daripada iPad 2 yang dilancarkan awal tahun tempoh hari.
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah iPad 3 sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, sebaliknya dikenali sebagai iPad 2 Plus buat masa ini. Ianya dilaporkan yang mana iPad 2 Plus ini kelak akan membawakan skrin dengan resolusi yang lebih tinggi lagi berbanding iPad 2 sekarang ini.
Ianya disasarkan untuk dipasarkan pada suku tahun ke-empat tahun ini. Walaubagaimanapun, seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan ura-ura terbaru ini.