Cari @ Amanz

Pantau Sekatan Jalan Raya Melalui Google Maps

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang menjadi topik hangat di Twitter pada hari ini adalah berkenaan dengan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik disekitar kawasan Lembah Klang. Untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dan merancang perjalanan anda, sebuah peta khas kini disediakan, yang mana dibangunkan berdasarkan data yang dikongsikan oleh para pengguna sendiri.

Menariknya, para pengguna sendiri boleh menambah data-data yang berkaitan dengan mudah dan pantas, dengan hanya log masuk ke akaun Google, dan seterusnya menambah data-data berkenaan dengan sekatan jalan raya yang diadakan sepanjang 6 hingga 9 Julai, serta kongsi akannya bersama rakan-rakan yang lain.

Dengan adanya ini, kini mungkin para pengguna boleh merancang perjalanan mereka, dan mengelakkan diri daripada melalui jalan-jalan yang sesak pada waktu perdana.


Komen ()