Carian
iPhone Generasi Baru Lebih Ringan Dan Nipis Berbanding iPhone 4
July 6, 2011 Aman

Hari ini, Wall Street Journal melaporkan yang mana Apple bakal memperkenalkan peranti iPhone baru pada suku-tahun ketiga tahun ini, yang mana akan membawakan kamera 8-megapixel seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, serta lebih ringan san nipis berbanding iPhone 4 yang terdapat di pasaran.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang iPhone generasi baru ini akan menggunakan cip Qualcomm padanya. Sebelum ini, beberapa laporan dan ura-ura memperkatakan yang mana berkemungkinan iPhone generasi baru akan dilancarkan pada bulan September kelak, bersama-sama dengan iOS 5.

Walaubagaimanapun, sehingga kini, Apple masih lagi tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan iPhone generasi baru daripada mereka.

Komen