Kerajaan Memantau Peranti BlackBerry

Diterbitkan pada July 7, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada penggunaan peranti BlackBerry sebelum ini, kini Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengatakan yang mana mereka memantau peranti BlackBerry secara konsisten untuk memastikan keselamatan informasi, dan terutamanya yang berkaitan dengan kerajaan.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan para pekerja kerajaan untuk mengawal penggunaan peranti tersebut dalam komunikasi yang melibatkan rahsia kerajaan. Sebelum ini, beberapa negara telah mengharamkan penggunaan peranti tersebut dalam urusan kerajaan, termasuk Arab Saudi dan juga Perancis.

Sebelum ini, Malaysia turut diperkatakan ingin mengharamkan penggunaan peranti BlackBerry, kerana setiap komunikasi, seperti penghantaran mesej dan emel direkodkan di beberapa pelayan, termasuk di Kanada, Singapura dan juga Amerika Syarikat. Namun setelah melalui beberapa perbincangan, serta berbincang bersama-sama dengan RIM sendiri, perkara tersebut tidak dikuat-kuasakan.

Info dan tips awal : AffanRuslan

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami